Tuesday, January 8, 2013

Peluang dan Bersyukur

assalamualaikum...

selamat pagi yang sudah berlalu dan tengah hari yang sedang berlalu.. (pelik2 je ucapan! pebende lah!) ngeeeee. da breakfast???? aku lunch pun belum apatah lagi breakfast. sbb bangun lambat.. plus baru lepas revise kudap (kimia kumpulan utama dan peralihan).. alhamdulillah.. sbb da abis beberapa bab.. harini kene habiskan revise semua bab. misi hari ini.. insyaAllah.

sbenanye mula2 xtau nak cot cet cot cet ape. but terpikir sesuatu tentang peluang. orang kata.. relax la, ada peluang lagi... ye.. mmg betul, peluang sentiasa ada pada bila-bila masa, tapi peluang tidak semuanya berpihak pada kita. sometimes jangan kerana ikutkan demand kita yang melebih2 tu sampai peluang xnak datang dah. pendek kata, aku nak ckp, kita harus bersyukur apa yang kita ada dulu dan kini dan yg bakal datang depan mata kita nanti. sentiasa berpegang pada ayat peluang hanya datang sekali dah cukup untuk menyedarkan korg betapa pentingnya grab the chance!!! cuma aku x berapa nak paham bila ada orang xnak ambil peluang, padahal diri dah tau peluang tu RARE gile nak dtg, still pandang sebelah mata. xtau la nak categories kan ape jenis org mcm ni.. ungreatful maybe!!!!!!

tapi lain pulak cerita yang kalau ade sesetengah kawan yang ambil peluang yg terbentang luas depan mata untuk menyentapkan org lain dengan kata2 bisanya atau dgn erti kata lain.. REVENGE! da mcm xde cari lain kan??? tulah aku pun tuju pada diri aku sndiri jugak. sbb kalau aku da geram sgt aku sembur je. tapi... MOSTLY sembur dalam hati! haih tu lg bahaya... isk isk isk.. setan ni slalu betul nak bg kite marah2 kan. xpe2, lepas ni aku nak act cool depan setan.. errrr bleh ke? haha

ada satu kes bila kne ambil peluang nak menegur kawan tapi hajat x tercapai. penah rs x????? yela, diri ini xde la bagus sgt, hina lagi. nak compare dgn kebaikan org lain mmg jauh melangit. tapi aku x lupa, aku cuba utk muhasabah diri. kdg2 dari pemerhatian kpd sekeliling pun kite bley blajar muhasabah diri.. ye dak? penah x ada kawan yg perwatakannya seperti ada sifat tidak tahu nak bersyukur. aku xnak la nak elaborate panjang. rs mengaib kan pulak. tak baik...tapi sekadar renungan bersama.

Bersyukur ni very subjektif. jadi sentiasalah bersyukur walau bende buruk berlaku pada kita sekalipun, dapat ulser mulot ke, makanan x sedap ke, org tikam kita dari belakang ke n mcm2 lg kan.. kdg2 kite x perasan, bersyukur tu membantu diri kita jadi lebih optimistik. xcaya.. cube la sndiri. bila tak bersyukur, nanti Allah tarik nikmat yg awk sdg kecapi tu nak????? xnak kan???

hargailah sesuatu. hargailah peluang yang ada. dan bersyukur dengan apa sahaja yang diberi oleh-Nya pada kita. andai kata kehidupan hari ini adalah lebih teruk daripada semalam, there s a reason behind it. ;)


 -Mizz Balang-



No comments: