Friday, February 11, 2011

tanda2 PMS. check2 KAUM HAWA!!

aku plg xsuke kalu nk dekat2 dtg haid... sbb aku mst mlalui scene2 yg knon aku la org yg sakit paling teruk kat dunia ni.. mud da swing.. asyik nk tersentap je.. haish.. -__-"

u all bc je la.

Sindrom sebelum haid (Prahaid) atau PMS merupakan rangkaian 3 gejala iaitu dari segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi yang berlaku sebelum datangnya haid. Ianya terjadi di antara 7-14 hari sebelum datang haid dan akan hilang apabila haid bermula. Penyebab sindrom ini ialah ketidakstabilan hormon iaitu hormon estrogen sebelum ketibaan haid .
tanda2 PMS :

- Emosi seperti sedih, marah, murung dan cemas. - Kurang menumpukan perhatian dan kurang bertenaga. - Sakit kepala, sendi dan otot. - Payu dara tegang serta puting menjadi sensitif atau sakit terhadap sentuhan. - Gangguan usus seperti loya, muntah dan cirit-birit dan lesu. - Keseimbangan cecair dalam tubuh misalnya kembung, berat badan menaik dan kencing menjadi sedikit. - Kulit berminyak, berjerawat dan rambut gugur - Cemas dan berdebar-debar - Pitam dan pening kepala seperti berpusing-pusing - Gangguan tidur sama ada insomnia atau sebaliknya berlebihan tidur. - Perubahan makan sama ada tiada selera (anoreksia) ataupun sebaliknya berlebihan makan (lazimnya terhadap sesuatu jenis makanan).


Penjagaan Sendiri

Amalkan : SENAMAN: Tiga kali seminggu, 20 - 30 minit bagi setiap sesi. Anda boleh memilih untuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, atau bersenamrobik. Aktiviti ini boleh membantu mengendurkan otot-otot anda dan mengurangkan air dalam badan anda. BEREHAT: Tarik nafas sedalam-dalamnya. Mandi dengan air suam. TIDUR: Bagi sesetengah kes, PMS membuatkan anda tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Jika ini berlaku, dapatkan kesempatan untuk tidur di waktu-waktu lain. PAKAIAN: Gunakan pakaian dalam yang diperbuat dari kapas terutamanya apabila buah dada anda terasa sakit. PEMAKANAN: Kurangkan pengambilan garam. Ini akan dapat mengurangkan kembung. KAWAL: Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makan 5 hingga 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit menggantikan pengambilan 3 kali sehari dalam kuantiti yang banyak. Sertakan vitamin tambahan, terutamanya vitamin B6 & E, dan zat-zat mineral, seperti kalsium dan magnesium dalam pemakanan anda. Minum air secukupnya.


Jangan Mengamalkan: TEKANAN: Elakkan dari tekanan emosi semasa menghadapi PMS TIDAK PERLU: Mengidam terhadap makanan tertentu TABIAT: Merokok, mengambil alkohol, memakai pakaian yang ketat



sekian sj...



1 comment:

Kaspersky Seller said...

Salam hanie. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/